Monday, October 8, 2018

Agama Adalah Nomor 1,Khabib Pernah Tolak Tawaran Lumayan karena Mau Tumpu Ibadah Di Bulan Ramadan


BERITA OLARAGA - ketika ini masa depan Khabib Nurmagomedov di UFC masih lagi samar,sama ada kejuaraannya bakal ditarik balik,wang kemenangan USD 2 juta yang ditahan,kemungkinan visa dia dan ayahnya ke Amerika Serikat dibatalkan,hukuman jenayah dan perlawanan semula dengan McGregor,masih belum dapat dipastikan.

Namun satu yang pasti mengenai Khabib,jika diukur dengan kemarahan dan tindakan semalam adalah,agama dan keluarga adalah perkara terpenting dalam hidupnya.Apakah dia tidak tahu tindakannya boleh menyebabkan kemenangannya dibatalkan?Tidak mungkin.tetapi siapa peduli,jika agama diperlecehkan.

Nama Khabib tiba-tiba menjadi sebutan dunia.Pelbagai perkongsian mengenai dirinya dibuat oleh netizen.Jika anda seperti kami,tiba-tiba juga mengikuti perkembangan Khabib melalui media sosial.Satu sisi menarik mengenainya,beliau selalu memuat naik status berkaitan dengan agama islam.

Dalam satu sidang media selepas perlawanan,khabib turut menjelaskan bahwa media dan orang ramai tidak boleh bercakap mengenai agama,keluarga dan negaranya.karena tiga perkara tersebut adalah perkara terpenting dalam hidupnya.

"Bagi saya agama adalah perkara yang paling penting.Bukan sukan.Kita jangan tinggalkan solat dan sentiasa berhubungan dengan tuhan.

"Saya tidak mau bertarung di sepanjang Ramadan.Saya mau tumpukan kepada ibadah.Itu lebih penting,"kata khabib sebelum ini.

Atas alasan itulah,Khabib yang ketika ini memegang rekod 27-0,satu rekod yang jarang-jarang dicipta oleh pertarung lain,telah menolak pertarungan UFC 224 karena menghormati Ramadan Mei yang lalu.

Tarik dirinya itu tidak membuatkan beliau kelihatan lemah karena sebelum ini dalam UFC 223 beliau sudah membuktikan kejaguhannya apabila menumbangkan Al laquinta dalam gelanggang di Brooklyn,sebulan sebelumnya.

Kami kongsikan dengan anda beberapa muat naik di Instagram Khabib untuk anda menilai sendiri siapa dirinya yang sebenar.

Khabib melalui kapsyennya meletakkan pengharapan yang begitu tinggi kepada allah.Katannya dengan bantuan Allah barulah manusia boleh menyelesaikan semua masalah.Justru katanya manusia harus sentiasa menjaga hubungan dengan tuhan,sekitarnya terputus,manusia hilang segalanya.

No comments:

Post a Comment